MuSiM TeLaH BeRLalU


My Love :
AmYNuRSaLiA

My Location :
KuAlA LuMPuR


My Life :
SiMpLy

My BiRtHdAy :
19 ApRiL

My ZoDiAc :
ArIeS

My HoBbY :
InTeRnEt, PhOtOgRaPhY & TrAvEl

My FaV mEnU :
HaLaL & SeDap

My ScHoOl :
SRLK, SKPPR, SRKDK, SMRPK (RPK), SMKTP

My BeSt FrIeNdS :
SeSiApA SaHaJa


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, April 10, 2006

~::; Wajah Mu Dimata Ku;::~ Part I

21 Dis 2005 – 5 April 2006

 

Bab 1

 

'Dari minggu lepas lagi air mata ku sering menitis aku tahu sebabnya…. Tapi aku tidak menghiraukan perasaanku sendiri. Bagaimana hari-hari yang mendatang untuk aku terus laluinya. Kesedihanku ini kerana sikap bodoh aku kerana melayan perasaan sedih yang pernah hadir suatu ketika dulu. Aku telah berjaya bangkit dan meninggalkan kenangan ku dengannya tapi hati ini tetap menyatakan rindu dan sayang ku yang tidak penah kering sampai hari ini'.

 

'Rintik hujan yang membasahi muka bumi ini adalah rahmat dari Allah s.w.t, tapi aku titisan air mata untuk melegakan perasaan diri ini. Sederas air mata bagaikan hujan yang membasahi laman di luar rumah ketika ini. Dimana hilangnya ketabahan yang selama menjadi pegangan teguh diri. Selama setahun aku tinggalkannya kerana dirinya yang menyinkirkan diri ini untuk menghampirinya. Aku tidak bersalah…dia buang aku macam sampah selama ini. Pergilah… dari diri ini kenapa dicari dan dirayu bila aku mula teguh dengan pendirian'.

 

"nur kau termenung, maafkan aku kiranya membuatkan kau terganggu. Bukan niatku" sayu suara sahabat baik Nur Syamimi. Senyuman yang dihadiah dari Nur Syamimi tidak semanis selalu.

 

"aku ok, kau dari mana tadi. Lama kau tunggu untuk makan malam bersama" tenang tapi masih menampakkan kesedihan hati Nur Syamimi.

 

'aku baru balik dari kerja. Kat office aku banyak sangat kerja, biasalahkan kerja bank" sambil mengambil pinggan yang tersusun di rak.

 

"Suhana kau banyak kerja, sian kaukan. Aku nak tolongpun aku tidak pandai macam kau" sambil menyuap nasi ke mulutnya.

 

Masing-masing terdiam sama ada menikmati makan malam atau berkhayal didunia hayalan sendiri. Nur Syamimi dengan Suhana sahabat baik dari mula-mula datang ke Kuala Lumpur mencari rumah sewa yang kebetulan bertemu di seven eleven. Perkenalan mereka membibitkan rasa sayang antara satu sama lain.

 

Selesai makan malam Su terus mengemas pingan mangkuk yang bertaburan dimeja makan dan menyimpan baki lauk. Nur pula berlalu ke ruangtamu menonton rancangan berita pukul 8.30 malam telah setengah berita berlalu. Fikiran Nur sedang memikirkan bisikan hatinya.

 

'kenapa masih ada wajah mu dimata ku apa lagi yang kau mahukan, tidak cukupkah selama ini kau dera perasaan ku. Ya Allah bantulah insan mu ini agar melupakan dirinya dari hidup ku. Cukuplah dugaan yang pernah ku lalui selama ini tidak berdaya lagi untuk aku meneruskan kalau diutuskan dugaan yang begini beratnya. Aku tidak seperti dulu sanggup menerima apa sahaja dugaan darimu yang Allah s.w.t'.

 

"nur kenapa nie? Kau masih ingat padanya ke? lupakan jangan kau seksa diri kau sendiri" Suhana seakan memujuk Nur syamimi. 'macam mana pulak minah nie tahu yang aku rindukan Anuar'.

 

"mana ada. Aku letih sikit sebab ada kerja luar tadi" Nur syamimi cuba melarikan diri dari pertanyaan Anuar dari Suhana.

 

"Baguslah kalau macam tu, aku tidak risau lagi tentang kau" sambil tersenyum dan berlalu ke bilik mungkin ingin mandi. Sepanjang balik dari kerja tadi Suhana tidak lagi mandi.

 

'memang aku rindu Mohamad Mokhtar Anuar kekasih hatiku selama ini, walaupun perkenalan aku dengan Anuar agak singkat. Tapi cinta pertama ku tidak mungkin akan dapat ku lupa begitu sahaja. Selama 2 tahun menyulam perasaannya sudah cukup untuk ku mengenal hati budinya tapi kau pergi tanpa berita. Kemana kau menghilang sayangku, aku amat merindui dirimu hingga kini. Aku tidak berjaya melupakan kisah cinta kita yang membuatkan aku bahagia dan ceria setiap hari'.

 

"hoi! berangan je kerja kau" Suhana mengejutkan Nur syamimi yang sedang termenung panjang dari tadi.

 

"kau nie bukan boleh aku senang sikit ada je yang kau nak kacau" bebelan dari Nur syamimi mengundang tawa dari Suhana dengan nakal.

 

"macam mana minggu nie kau balik kampung ke? kalau tak, balik kita gi Port Dickson nak tak?" pertanyaan suhana tidak dilayan.

 

Ada je minah nie punya rancangan "tengak dulu, aku tidak balik kampung tapi mungkin nak tengak wayang kat KLCC" mata masih mengadap lettop yang baru dibuka untuk menyiapkan kertas kerja.

 

"ala kau memang nak sakitkan hati aku" Suhana merajuk bila tidak dilayan. "kerja aku nie berlambak macam mana nak pergi" kata Nur syamimi bila menyedari Suhana merajuk.

 

Suhana terdiam bila Nur syamimi menyatakan kerjanya banyak dan fikiran suhana ligat berfikir apa nak balas balik kata-kata Nur syamimi.

 

"ala gi tengak wayang boleh, gi Port Dickson tak leh lak" macam kanak-kanak merajuk membuatkan Nur syamimi ketawa.

 

"kau nie, kau tak kacau aku boleh tak. Kalau nak pergi juga bersyarat kita tidur kat sana kalau tidak tak jadi" sambil tersenyum dan menyambung kerjanya.

 

"baik aku janji, aku tahu kau mesti letih nak drive balik k.l" puas hatinya bila Nur syamimi mengikut ragamnya.

 

Beberapa ketika suhana menghilang ke dalam bilik tidurnya tidak pasti apa yang dibuatnya ketika ini. Mungkin sedang berangan dengan pak we Suhana yang jauh di Sarawak. Ada masa sahaja pak we Suhana akan call kalau tidak sms yang sering diundang dalam handfonnya.

Posted at 11:39 am by Amynursalia
Nak Komen Silakan....  

Previous Page Next Page